Pages

Sunday, November 21, 2010

Raya Haji & Carrot Cake

 Raya Haji as usual tak le semeriah Raya Puasa. Tapi juadah raya mesti ada. I malas nak buat kuih raya. Just made Carrot Cake & Kek Kukus Coklat utk bwk blk kg. Carrot cake tu malam raya dah selesai. Dihabiskan oleh anak2 sedara. Resipi CMG . Thanx Cik Mat. Kek Coklat tu sempat simpan utk raya. Tapi lupa amik gambar.
 Mak  sediakan ketupat palas, masak anga, kari daging  & daging masak wira. Juadah wajib dihari raya. Raya kali ni Ila rajin nak sediakan bihun soto utk tetamu. Habis anak2 sedara kena kerah tenaga tolong prepare bahan2. Tapi hasilnya mmg marvelous. By petang raya, habis soto seperiuk besar. Bergedil tak sempat pun jamu kat tetamu. Resepi Indon mari..
 Kitaorang beraya ketempat biasa. Dijamu juadah2 berat. Alysa simpan perut sampai we all ke rumah Kak Dah aka tokey bihun sup. Sampai menghirup pinggan dia pulun..:-). By this time kitaorang dah kekenyangan dgn ketupat, soto, laksa, & mee kari. Tapi Alysa tak jamah sume tu. Nak tunggu bihun sup agaknya..The final house dapat makan tapai pulut. Mmg sedap!

Alysa menghabiskan bihun sup till the last drop!


Beraya


With chef soto & anak2 sedara


Adalia & Afif 


Carrot Pound Cake


BAHAN-BAHANNYA :

125 g mentega
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair)
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
2. Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
3. Tambah lobak merah dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 1 jam atau hingga masak.


No comments: