Pages

Friday, July 19, 2013

Caramel Cheesecake

 Masa Father's Day hari tu tercari2 nak buat kek yang belum buat. Finally, I decided on Caramel Cheesecake. Resepi Yani myresipi with a few adjustments. Serious sedap. Even my family cakap sedap. Adik yang tak berapa suka cheesecake pun makan gak.

Caramel Cheesecake


Happy Father's Day Ayah, Papa & Abah..


Bahan-bahan ( 18cm )
Krim
250g cream cheese - suhu bilik
3 biji telur
1cwn(200ml) sour cream - ( I used plain yogurt )
1cwn(200ml) fresh cream
120g gula
2 sudu besar corn starch
beberapa titik vanila esen
I added 2 tbs condensed milk.
Lapisan bawah
100g biskut marie/ graham cracker
50g butter(cairkan)
Caramel
1/4 cwn(50ml) fresh milk
80g gula

Cara-cara
Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul
Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan
Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula -> esen vanila -> sour cream -> telur -> corn starch -> fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.

Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream tadi.

Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di dalam dulang.

Note: I put the caramel after baking for 30 min. This way, caramel tak mendap ke dalam cake.

No comments: